Tuesday, 24 April 2012

Mulakanlah Walaupun Sedikit

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.

Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu keazaman untuk berjaya di atas kegagalan anda semalam dengan membina bangunan hidupmu untuk hari esok dengan meletakkan batu-bata tujuan yang teguh dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam, ukirkan menara-menara yang hebat, bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan. Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan. Namun dari hari ke hari, binaan itu akan tumbuh cemerlang. Percayalah kepada Allah, dan dengan penuh keyakinan. Dan ingatlah, barangsiapa yang berusaha dengan jalan dan menunaikan solat pasti kejayaan akan menjadi miliknya.

Teruskan berusaha semua walau dalam apa jua lapangan kehidupanmu. InsyaAllah anda akan sampai jua akhirnya.

Monday, 7 November 2011

Permintaanku Kepada Yang Maha Esa


















Ketika ku meminta kekuatan
Tuhan memberiku kesukaran
Kerana melaluinya aku akan menjadi kuat

Ketika aku meminta kebijaksanaan
Tuhan memberikan masalah untuk aku selesaikan
Kerana melaluinya aku mendapat pengalaman

Ketika aku meminta kemewahan
Tuhan memberiku akal untuk bekerja
Kerana melalui berfikir aku mula melihat cara

Ketika aku meminta ketabahan
Tuhan memberiku rintangan untukku hadapi
Kerana melaluinya aku akan teruji

Ketika aku meminta cinta
Tuhan memberiku insan-insan yang menderita
Yang perlu ku bantu
Kerana melaluinya perasaan cinta akan bermula

Ketika aku meminta bantuan
Tuhan memberiku peluang
Kerana melaluinya aku mula mencuba

Betapa indah dan bermaknanya hidup ini
Kerana tuhan tidak pernah memberi apa yang aku pinta
Tetapi aku menerima segalanya yang aku perlukan
Untuk meneruskan kehidupan ini .......

Terima kasih tuhan
Kerana secara tidak langsung aku telah menerima segalanya ...

La Tahzan

Berbuat Baik Kepada Orang Lain
Akan Melapangkan Dada

Kebajikan itu sebaik namanya,keramahan seramah wujudnya,dan kebaikan sebaik rasanya. Dan orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka ini akan merasakan “buah”nya seketika itu juga dalam jiwa,akhlak,dan nurani mereka.sehingga,mereka pun selalu lapang dada,tenang,tenteram dan damai.

Ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia,nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati! Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang yang kena zalimi, ringankkan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit,dan bantulah orang yang terkena musibah,nescaya anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua sisi kehidupan!
Perbuatan baik itu laksana wewangian yang,tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya,tetapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan manfaat psikologi dari kebajikan itu terasa seperti ubat-ubat mujarab yang dapat diperolehi di dalam hati orang-orang yang berhati baik dan bersih.

Menebar senyuman manis kepada orang-orang yang “miskin akhlak” merupakan sedekah jariah.Ini tersirat dalam tuntutan akhlak yang berbunyi:

Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria.(Al-Hadith)
Sesungguhnya kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain,yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Ghaib.
Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini,merupakan bukti bahawa Sang Pemberi pahala adalah Dzat Yang Maha Pemaaf,Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan,serta Maha Kaya dan Maha Terpuji.

Wahai orang-orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan,kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah taman-taman kebajikan;sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong, dan meringankan beban sesama! Dengan semua itu,nescaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya;rasa,warna,dan juga hakikatnya.

Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun,yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;dan demi sesungguhnya,ia tetap akan berpuas hati(pada hari akhirat,dengan mendapat segala yang diharapkannya).(Surah Al-Lail : 19-21)

Sunday, 6 November 2011

Kelas Mengaji

Dulu... waktu saya kecil-kecil saya mula membaca Al-Quran seawal usia 8 tahun iaitu darjah 2. Waktu tu dah mula boleh baca Al-Quran dan yang bestnya waktu tu saya siap boleh mengajarkan rakan-rakan sebaya saya atas kepercayaan seorang ustaz saya pada ketika itu.

Apabila saya meningkat remaja, saya memang minat berguru. Jiwa saya minat begitu dan merasai kehausan ilmu. Usia remaja dihabiskan dengan mencari guru Al-Quran di masjid di surau dan sebagainya. Di mana ada kuliah Al-Quran maka di situlah saya akan duduk mendengar dan belajar. Mengapa saya ke situ? Kerana saya sedar diri yang saya tidak pandai dan perlu belajar untuk meningkatkan ilmu pada masa depan. Pada waktu itu, saya belajar secara percuma kerana saya mencari guru di masjid dan surau yang mana pihak masjid dan surau telah memberikan bayaran kepada ustaz dan imam yang mengajar yang mana objektifnya adalah untuk memberikan ilmu kepada masyarakat.

Sekarang... saya melihat ramai orang yang buat pendapatan dengan cara mengajar Al-Quran ke rumah. Namun, bagi saya secara peribadi pada masa sekarang pendekatan tersebut memang bersesuaian dengan keadaan masyarakat sekarang. Sebenarnya, guru yang mengajar Al-Quran ke rumah itu bukannya mengambil bayaran ke atas ilmu yang diberi, kerana ilmu itu adalah hak Allah dan tidak ternilai maharnya.

Justeru, bayaran yang dibayar adalah untuk perkhidmatan kepada guru yang mengajar atas masa, tenaga serta kesediaan yang tinggi yang dicurahkan untuk mengajar. Kadang-kadang juga saya melihat masyarakat pada masa kini agak berkira untuk membayar kepada para ustaz atau guru yang mengajar Al-Quran.

Mari kita buat perbandingan, jika kita lihat perkhidmatan tuisyen di negara ini yang mana 1 subjek yang diambil oleh pelajar yang kadangkala harganya boleh mencecah sehingga RM40 sejam. Namun, disebabkan ilmu itu "dirasakan" sangat bernilai oleh para ibu bapa kerana ia akan digunakan untuk menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM maka mereka sanggup membayarnya.

Namun, ilmu Al-Quran ini pula akan digunakan selama hayat dikandung badan. Ini bermakna bukankah sepatutnya ustaz dan ustazah yang mengajarkan ilmu ini juga sepatutnya layak mendapat bayaran sedemikian. Bahkan lebih lagi. Ya betul... Al-Quran bukanlah barang perdagangan tetapi bayaran kepada para ustaz dan ustazah ini bukanlah tanda mereka menjual Al-Quran tetapi sumbangan mereka di atas perkhidmatan mereka mengajarkan Al-Quran itu kepada orang ramai.

Jika kita perhalusi semula, tentu kita akan merasai bahawa kerana adanya guru-guru Quran inilah maka masyarakat kita akan menjadi lebih baik dan berakhlak. Ilmu Al-Quran ini sangat mulia maka mulialah juga orang yang belajar dan mengajarkannya.